Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) telah membentangkan kertas cadangan untuk mengadakan “Brown Bag Research and Innovation” (BBRI) dalam mesyuarat Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran (MPPP) IPGKIK BIL.6/2016. Tujuan mengadakan BBRI adalah seperti berikut:
i. mewujud dan menyemarakkan budaya atau amalan inovasi dalam kalangan warga pendidik dan siswa guru.
ii. perkongsian ilmu mengenai proses dan prosedur inovasi dalam meningkatkan kualiti dan nilai inovasi;
iii. mempertingkatkan peluang untuk pensyarah dan siswa guru bertanding dengan IPTA dan IPTS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa agar mampu bersaing di peringkat global.