Kajian Teaching and Learning International Survey (TALIS)

Kajian Teaching and Learning International Survey (TALIS) dianjurkan oleh Organisation For Economic Cooperation & Development (OECD) bersama konsortium utama Statistic Canada dan International  Association For The Evaluation of Educational Achievement (IEA)Kajian antarabangsa tersebut  menyentuh isu-isu yang mempengaruhi guru dan tugas guru di samping memberi perspektif perbandingan antarabangsa mengenai iklim pembelajaran dan pengajaran. Negara-negara yang menyertai TALIS adalah seperti berikut: 

talis

Kepentingan Kajian TALIS

·         TALIS merupakan kajian pertama di peringkat antarabangsa yang  memberi fokus terhadap persekitaran pembelajaran dan aspek persekitaran         kerja guru di sekolah
·         Menyediakan perbandingan dalam sistem pendidikan antarabangsa
·         Mengenal pasti kedudukan guru Malaysia berdasarkan standard /piawai antarabangsa
·         Membolehkan Malaysia mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan negara dan merancang polisi serta strategi ke arah      meningkatkan kualiti guru dan pendidikan negara.

Pensyarah yang terlibat dari IPGKIK adalah:

·         DR. MUNIRA MOHSIN
(Pengkaji, Penulis dan Editor)

·         DR. LEE LEH HONG
(Pengkaji dan Penulis)

Laporan lengkap TALIS disertakan untuk bacaan dan rujukan semua.
Laporan lengkap juga boleh dlayari di:
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=5242