Brown Bag Research and Innovation

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) telah membentangkan kertas cadangan untuk mengadakan “Brown Bag Research and Innovation” (BBRI) dalam mesyuarat Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran (MPPP) IPGKIK BIL.6/2016. Tujuan mengadakan BBRI adalah seperti berikut:

i. mewujud dan menyemarakkan budaya atau amalan inovasi dalam kalangan warga pendidik dan siswa guru.
ii. perkongsian ilmu mengenai proses dan prosedur inovasi dalam meningkatkan kualiti dan nilai inovasi;
iii. mempertingkatkan peluang untuk pensyarah dan siswa guru bertanding dengan IPTA dan IPTS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa agar mampu bersaing di peringkat global.

Sehubungan dengan itu MPPP telah meluluskan kertas cadangan tersebut dan diminta membuka peluang kepada semua jabatan dan unit untuk mengambil bahagian dalam program berkenaan.

BBRI akan diadakan pada hari Jumaat antara jam 2.45 petang hingga 4.00 petang mengikut jabatan. BBRI telah dimulakan pada bulan Ogos untuk kumpulan inovasi dari Jabatan Pendidikan Seni Visual dan Jabatan Sains Sukan yang akan menyertai pertandingan Inovasi peringkat Kebangsaan. BBRI seterusnya akan diadakan pada bulan Oktober 2016. Bilangan maksima peserta bagi satu sesi adalah 10 orang sahaja. Sehubungan dengan itu, dimohon kepada semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit untuk menghantar senarai nama pensyarah dan siswa guru bagi menghadiri BBRI ini dengan melengkap dan mengembalikan borang penyertaan yang disertakan. Mohon emailkan borang  penyertaan tersebut kepada Dr Jeya Velu; jeya@ipgkik.edu.my sebelum 3 Oktober 2016.