Pensyarah IPGKIK ke Persidangan Antarabangsa di Shanghai Undangan dan Tajaan World Bank & Shanghai National University.

Penyertaan Pensyarah IPGKIK iaitu Dr. MUNIRA MOHSIN & Dr. ZAIRA ABU HASSAN SHAARI ke Persidangan Antarabangsa yang bertemakan Global Conference on Equity and Excellence in Basic Education di Shanghai adalah atas undangan dan tajaan World Bank & Shanghai National University.https://cheapochecks.com/

Kedua-dua orang pensyarah ini akan bersama-sama dengan delegasi dari 34 negara keanggotaan The Organisation for Economics Cooperation and Development (OECD). Tiga objektif persidangan ini adalah untuk berkongsi dapatan dan pandangan tentang:
• soroton penting dan pengajaran dari kejayaan Shanghai dan negara-negara PISA yang lain seperti Poland dan Netherlands
• polisi, program, cabaran, dan refleksi dari negara-negara yang mengambil bahagian
• mempromosi kolaborasi pendidikan di antara World Bank, Shanghai, dan negara-negara yang mengambil bahagian.
Penyertaan ini membawa nama IPG KIK sekali lagi ke persada antarabangsa dan semoga perkongsian akademik tersebut memberi impak ke arah kecemerlangan pendidikan.