Seminar Penyelidikan Tindakan 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa siswa guru PISMP Semester 2 Tahun 4 akan menganjurkan  seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Oktober 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat: Dewan Dato’ Razali Ismail, IPGKIK
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk hadir dalam seminar ini terutamanya untuk sesi Ucap utama oleh YBrs. Dr. Mohamed Yusoff bin Mohd Nor, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bersama-sama ini dilampirkan memo jemputan dan atur cara seminar.

Brown Bag Research and Inovation- Sesi 1

Sesi ‘Brown Bag Research and  Inovation’ anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan akan diadakan pada setiap hari Jumaat (Catatan: jika tiada Sinergi Ilmu pada hari Jumaat). Tujuan mengadakan BBRI adalah seperti berikut:

    1.Mewujud dan menyemarakkan budaya  inovasi dalam kalangan warga pendidik dan siswa guru.
    2.Perkongsian ilmu mengenai proses dan prosedur inovasi dalam meningkatkan kualiti dan nilai inovasi
    3.Mempertingkatkan peluang untuk pensyarah dan siswa guru bertanding dengan IPTA dan IPTS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa agar mampu bersaing di peringkat global.

    Sesi yang pertama akan bermula pada:
    Tarikh:     7 Oktober 2016 (Jumaat)
    Masa:      2.30 ptg hingga 4.00 ptg
    Tempat:   Bilik Tanjung

    Sesi ini dibuka kepada semua pelajar dan pensyarah IPGKIK. Pensyarah dan pelajar yang berminat sila hadir pada ketetapan seperti di atas. Terima kasih atas perhatian.

Brown Bag Research and Innovation

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) telah membentangkan kertas cadangan untuk mengadakan “Brown Bag Research and Innovation” (BBRI) dalam mesyuarat Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran (MPPP) IPGKIK BIL.6/2016. Tujuan mengadakan BBRI adalah seperti berikut:

i. mewujud dan menyemarakkan budaya atau amalan inovasi dalam kalangan warga pendidik dan siswa guru.
ii. perkongsian ilmu mengenai proses dan prosedur inovasi dalam meningkatkan kualiti dan nilai inovasi;
iii. mempertingkatkan peluang untuk pensyarah dan siswa guru bertanding dengan IPTA dan IPTS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa agar mampu bersaing di peringkat global.

Jemputan Wacana Ilmu 2016

IPG Ilmu Khas akan mengadakan Wacana Ilmu 2016 pada 23 November 2016 (Rabu). 
Wacana ini bertujuan untuk memberi kesempatan kepada pensyarah yang telah membentangkan kertas kerja @ kertas penyelidikan di mana-mana konvensyen/seminar/bengkel di dalam atau di luar negara untuk membentangkan sekali lagi dalam seminar ini.

Pelawaan Artikel untuk Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2016

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2016. Justeru itu, sekali lagi kerjasama dipohon daripada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pensyarah untuk turut serta menjayakan penerbitan buletin ini. Sehubungan dengan itu, pihak JPIPK amat mengalu-alukan penulisan seperti rencana, sorotan buku dan idea yang boleh dikongsi bersama warga pendidik. Para penulis artikel diminta menepati ‛Panduan Penulisan Artikel Buletin Penyelidikan’ yang dilampirkan. Artikel hendaklah dihantar melalui email sebelum 18 Julai 2016 (Isnin) ke alamat e-mail berikut: jeya@ipik.edu.my.

Panduan Penulisan Artikel Buletin_Mei 2016

Karnival Inovasi dan Kreativiti 2016

 

Karnival Inovasi dan Kreativiti IPGKIK 2016 akan diadakan pada 18-20 April 2016. Semua warga dijemput hadir. Penyertaaan inovasi dari kategori pensyarah adalah sebanyak 11 kumpulan dan kategori pelajar sebanyak 45 kumpulan. Terdapat dua kumpulan penyertaan KIK iaitu dari gabungan Jabatan HEP dan JTP dan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

 

Kajian Teaching and Learning International Survey (TALIS)

Kajian Teaching and Learning International Survey (TALIS) dianjurkan oleh Organisation For Economic Cooperation & Development (OECD) bersama konsortium utama Statistic Canada dan International  Association For The Evaluation of Educational Achievement (IEA)Kajian antarabangsa tersebut  menyentuh isu-isu yang mempengaruhi guru dan tugas guru di samping memberi perspektif perbandingan antarabangsa mengenai iklim pembelajaran dan pengajaran. Negara-negara yang menyertai TALIS adalah seperti berikut: 

talis

Jemputan sumbangan artikel Tempawan 2016

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan  Jurnal Tempawan  Tahun 2016 Jilid ke 33. Jurnal ini adalah berstatus jurnal berwasit dan diterbitkan setiap tahun oleh IPG KIK, merupakan jurnal akademik yang memberi fokus kepada kajian dalam bidang pendidikan.  Tambahan lagi, JPIPK sedang berusaha untuk menaikkan status Jurnal Tempawan agar dapat memenuhi kriteriayang ditetapkan untuk  disenaraikan dalam Indeks Scopus. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah dipelawa untuk menyumbang manuskrip untukdimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2016. Untuk makluman Tuan/Puan, sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.