Sumbangan artikel Jurnal Tempawan

Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas merupakan jurnal akademik yang memberi fokus kepada kajian dalam bidang pendidikan. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah dipelawa untuk menyumbang manuskrip untuk dimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2022. Sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Sumbangan manuskrip bolehlah dikemukakan kepada tempawan@ipgkik.edu.my pada atau sebelum 31 Mei 2022 berpandukan kepada format yang disertakan dalam Panduan Penulisan Manuskrip Jurnal Tempawan 2022. Sebarang kemusykilan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi En Ahmad Subki bin Miskon di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi ( 03-91318160 ext 50). Kerjasama dan sumbangan manuskrip daripada pihak Tuan/Puan amat dihargai dalam usaha menjayakan penerbitan Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN Jilid XXXVIII Tahun 2020.