Pelawaan Artikel untuk Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2016
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2016. Justeru itu, sekali lagi kerjasama dipohon daripada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pensyarah untuk turut serta menjayakan penerbitan buletin ini. Sehubungan dengan itu, pihak JPIPK amat mengalu-alukan penulisan seperti rencana, sorotan buku dan idea yang boleh dikongsi bersama warga pendidik. Para penulis artikel diminta menepati ‛Panduan Penulisan Artikel Buletin Penyelidikan’ yang dilampirkan. Artikel hendaklah dihantar melalui email sebelum 18 Julai 2016 (Isnin) ke alamat e-mail berikut: jeya@ipik.edu.my.
Pensyarah IPGKIK ke Persidangan Antarabangsa di Shanghai Undangan dan Tajaan World Bank & Shanghai National University.
Penyertaan Pensyarah IPGKIK iaitu Dr. MUNIRA MOHSIN & Dr. ZAIRA ABU HASSAN SHAARI ke Persidangan Antarabangsa yang bertemakan Global Conference on Equity and Excellence in Basic Education di Shanghai adalah atas undangan dan tajaan World Bank & Shanghai National University.https://cheapochecks.com/
Karnival Inovasi dan Kreativiti 2016
Karnival Inovasi dan Kreativiti IPGKIK 2016 akan diadakan pada 18-20 April 2016. Semua warga dijemput hadir. Penyertaaan inovasi dari kategori pensyarah adalah sebanyak 11 kumpulan dan kategori pelajar sebanyak 45 kumpulan. Terdapat dua kumpulan penyertaan KIK iaitu dari gabungan Jabatan HEP dan JTP dan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Kajian Teaching and Learning International Survey (TALIS)
Kajian Teaching and Learning International Survey (TALIS) dianjurkan oleh Organisation For Economic Cooperation & Development (OECD) bersama konsortium utama Statistic Canada dan International Association For The Evaluation of Educational Achievement (IEA). Kajian antarabangsa tersebut menyentuh isu-isu yang mempengaruhi guru dan tugas guru di samping memberi perspektif perbandingan antarabangsa mengenai iklim pembelajaran dan pengajaran. Negara-negara yang menyertai TALIS adalah seperti berikut:
Jemputan sumbangan artikel Tempawan 2016
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Jurnal Tempawan Tahun 2016 Jilid ke 33. Jurnal ini adalah berstatus jurnal berwasit dan diterbitkan setiap tahun oleh IPG KIK, merupakan jurnal akademik yang memberi fokus kepada kajian dalam bidang pendidikan. Tambahan lagi, JPIPK sedang berusaha untuk menaikkan status Jurnal Tempawan agar dapat memenuhi kriteriayang ditetapkan untuk disenaraikan dalam Indeks Scopus. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah dipelawa untuk menyumbang manuskrip untukdimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2016. Untuk makluman Tuan/Puan, sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Karnival Inovasi 2016
Karnival Inovasi 2016 akan diadakan 4, 5 dan 6 April 2016 di Dewan Dato’ Razali, IPGKIK. Sila rujuk lampiran brosur untuk maklumat lanjut.
Wacana Ilmu 2015
Program Wacana Ilmu 2015 telah diadakan pada 20 November 2015 (Jumaat) bertempat di Auditorium TESL. Majlis ini memberi ruang dan peluang kepada pensyarah IPGKIK ini berkongsi hasil penyelidikannya yang telah dibentangkan di luar sepanjang tahun 2015. Sebanyak 16 hasil penyelidikan telah berjaya dibentangkan.Majlis ini juga memberi penghargaan kepada para penulis, penilai dan editor kepada Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN dan Buletin Penyelidikan. Majlis ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada penulis artikel dan penyampaian cenderahati kepada Pn Shanti a/p Periasamy , ketua jabatan JPIPK yang akan bersara pilihan yang akan bersara pilihan pada 2.1.2015
Seminar Penyelidikan Tindakan PPG 2015
Seminar Penyelidikan Tindakan bagi pelajar Semester 8 program PPG Ambilan Feb 2012 dalam bidang pengajian Pendidikan Sains, Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran), Pra Sekolah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik orang TESL dan Pendidikan Jasmani akan diadakan mengikut ketetapan berikut ;
Tarikh: 17 Oktober 2015
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Kuliah
Penyelaras: Dr Ismail Hj Raduan
Seminar ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Ilmu Khas, Dr Roziah Abdullah.
Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar 2015
Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Pada: 1-4hb September 2015
Tempat: Dewan Datuk Razali IPG Kampus Ilmu Khas
Tema: Penyelidikan Tindakan Memertabatkan Profesion Keguruan
Anjuran: Pelajar PISMP Ambilan Januari 2012