В свадебном салоне вы можете найти платья на любой вкус и подходящие для любого случая. Более того, вам не придется тратить свое время на поиски свадебного платья по всему городу – все модели находятся в одном месте, что упрощает процесс выбора и экономит время.
Sumbangan Artikel Buletin Penyelidikan
Buletin Penyelidikan Bil. 44 ISSN 2232-1853 akan diterbitkan pada Jun 2020. Pensyarah adalah dipelawa untuk menyumbangkan sebarang artikel pendidikan. Panjang artikel antara 2-3 halaman termasuk rujukan. Artikel tersebut akan dinilai oleh Jawatankuasa Kawalan Mutu. Panduan penulisan dan makluman lain sila rujuk dokumen yang dilampirkan.
Tarikh tutup penyerahan artikel adalah pada atau sebelum 2 Mac 2020. Sila e-mel-kan artikel tuan-tuan ke e-mel berikut: ahmad_subki@ipgkik.edu.my
International Conference On Pedagogy And Inclusive Education – ICPIE 2019
Persatuan Alumni, IPGK Ilmu Khas dengan kerjasama rakan koloboratif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universitas Pendidikan Indonesia dan Universiti Tun Abdul Razak akan menganjurkan seminar :
“INTERNATIONAL CONFERENCE ON PEDAGOGY AND INCLUSIVE EDUCATION (ICPIE) 2019″
seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 – 19 September 2019
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Peserta dan pembentang seminar boleh memuat turun bahan seminar seperti di bawah.
1. Atur cara ICPIE 2019
2. Jadual Pembentangan ICPIE 2019
3. ICPIE2019_Proceedings_17Sept2019
4. BukuProgramICPIE_2019
Majlis Apresiasi dan Karnival Inovasi Pendidikan (MAKIP) 2019
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan menjemput warga IPGKIK untuk menyertai Majlis Apresiasi Dan Karnival Inovasi Pendidikan (MAKIP) 2019 seperti ketetapan yang berikut;
Tarikh : 25hb, 26hb dan 27hb Jun 2019
Masa : 0800 – 1630
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas
Sehubungan dengan itu, semua warga yang berminat dijemput membuat PENDAFTARAN melalui pautan.
Tarikh akhir pendaftaran bagi menyertai MAKIP 2019 adalah 9 MEI 2019. Sebarang pertanyaan tuan boleh menghubungi Pn. Lye Guet Poh di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah, staf sokongan dan siswa guru IPGKIK.
Seminar Penyelidikan Penyelidik Muda (SPPM Zon Tengah)
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur akan mengadakan Seminar Penyelidikan Penyelidik Muda Zon Tengah 2019 pada 23-24 April 2019. Seminar ini akan dirasmikan YB Dato’ Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Pada kali ini pihak urusetia telah menjemput siswa guru semester 8 dari zon tengah untuk membentang hasil kajiannya. ucap utama akan disampaikan oleh YBrs Dr Mohd Nasrudin bin Basar, Pengarah PPPI IPGM bertajuk Penyelidikan Peneraju Kecemerlangan Pendidikan dan forum bertajuk Budaya penyelidikan dalam kalangan guru: Cabaran dan realiti yang akan disampaikan oleh YBrs Dr Yazid Bin Abdul Manap (Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik), En. Hasbullah Bin Hassan (Guru Besar SK Desa Tun Hussein Onn) dan Pn. Anis Sabarina binti Abu Bakar (SISC+, PPW Keramat).
Buku Program dan Prosiding Seminar Penyelidikan Penyelidik Muda Zon Tengah 2019
International Conference On Pedagogy And Inclusive Education (ICPIE) 2019
Persatuan Alumni, IPGK Ilmu Khas dengan kerjasama rakan koloboratif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universitas Pendidikan Indonesia dan Universiti Tun Abdul Razak akan menganjurkan seminar :
“INTERNATIONAL CONFERENCE ON PEDAGOGY AND INCLUSIVE EDUCATION (ICPIE) 2019”
seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 – 19 September 2019
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Kertas yang terpilih akan dimasukkan dalam penerbitan Jurnal Berwasit. Butiran lanjut sila rujuk poster yang dilampirkan.
Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan
Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan akan berlangsung pada 3-5 Julai 2018 di Dewan Dato Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas.
Seminar Penyelidikan Tindakan Semester 8 2018
Pelajar-pelajar Semester 8 (ambilan Jun 2014) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Muzik, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Tindakan Semester 8 2018 pada 26 April 2018 (Khamis) mulai jam 8.00 pagi hingga 1.30 ptg.Dalam seminar tersebut,
Penerbitan Jurnal Pendidikan Serantau
Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK 2018
Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK 2018 bakal diadakan pada; 3, 4 dan 5 Julai 2018 bertempat di IPG Kampus Ilmu Khas. Karnival akan bermula dari jam 0800 -1630 petang. Maklumat Am, Syarat-Syarat, Peraturan Pertandingan Inovasi dan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif boleh diakses melalui pautan
https://docs.google.com/document/d/1ngfh3OpPBtGvkaVNHOP4ND3OLd_CNam5vB7nzH0HL44/edit?usp=sharing
Sehubungan dengan itu, semua warga dijemput menyertai Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK, 2018 Tarikh akhir pendaftaran bagi menyertai KIKP2018 ialah pada 31 Mac 2018 (4.00 petang).
https://goo.gl/forms/Fj8aJJiqdT4J5Ff92
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr Ramesh Rao di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan.