Seminar Penyelidikan Tindakan Semester 8 2018

Pelajar-pelajar Semester 8 (ambilan Jun 2014) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Muzik, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Tindakan Semester 8 2018 pada 26 April 2018 (Khamis) mulai jam 8.00 pagi hingga 1.30 ptg.Dalam seminar tersebut, YBrs Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, Pengarah IPGKIK akan menyampaikan ucap utama dan seterusnya merasmikan seminar ini. Dalam seminar berkenaan, sebanyak lapan kertas penyelidikan akan dibentangkan secara lisan dan 48 poster penyelidikan akan dipamerkan. Pada kali ini seminar penyelidikan tindakan ini bertemakan ‘Penyelidikan Tindakan Merealisasikan Aspirasi Pendidikan’. Selain daripada pelajar-pelajar semester 8 dan semester 6, AJK Seminar juga menjemput pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Muzik, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalise Keguruan menyertai seminar berkenaan.