International Conference On Pedagogy And Inclusive Education – ICPIE 2019

new- poster icpie landskap
Panelist dan Keynote Speaker ICPIE 2019

Persatuan Alumni, IPGK Ilmu Khas dengan kerjasama rakan koloboratif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universitas Pendidikan Indonesia dan Universiti Tun Abdul Razak akan menganjurkan seminar :
“INTERNATIONAL CONFERENCE ON PEDAGOGY AND INCLUSIVE EDUCATION (ICPIE) 2019″
seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 – 19 September 2019
Masa   : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Peserta dan pembentang seminar boleh memuat turun bahan seminar seperti di bawah.
1. Atur cara ICPIE 2019
2. Jadual Pembentangan ICPIE 2019
3. ICPIE2019_Proceedings_17Sept2019
4. BukuProgramICPIE_2019

Seminar Penyelidikan Penyelidik Muda (SPPM Zon Tengah)

IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur akan mengadakan Seminar Penyelidikan Penyelidik Muda Zon Tengah 2019 pada 23-24 April 2019. Seminar ini akan dirasmikan YB Dato’ Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Pada kali ini pihak urusetia telah menjemput siswa guru semester 8 dari zon tengah untuk membentang hasil kajiannya. ucap utama akan disampaikan oleh YBrs Dr Mohd Nasrudin bin Basar, Pengarah PPPI IPGM bertajuk Penyelidikan Peneraju Kecemerlangan Pendidikan dan forum bertajuk Budaya penyelidikan dalam kalangan guru: Cabaran dan realiti yang akan disampaikan oleh YBrs Dr Yazid Bin Abdul Manap (Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik),  En. Hasbullah Bin Hassan (Guru Besar SK Desa Tun Hussein Onn) dan  Pn. Anis Sabarina binti Abu Bakar (SISC+, PPW Keramat).

Buku Program dan Prosiding Seminar Penyelidikan Penyelidik Muda Zon Tengah 2019

 

International Conference On Pedagogy And Inclusive Education (ICPIE) 2019

Persatuan Alumni, IPGK Ilmu Khas dengan kerjasama rakan koloboratif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universitas Pendidikan Indonesia dan Universiti Tun Abdul Razak akan menganjurkan seminar :
“INTERNATIONAL CONFERENCE ON PEDAGOGY AND INCLUSIVE EDUCATION (ICPIE) 2019”
seperti ketetapan berikut:
Tarikh   : 18 – 19 September 2019
Masa     :  8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat :  Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Kertas yang terpilih akan dimasukkan dalam penerbitan Jurnal Berwasit. Butiran lanjut sila rujuk poster yang dilampirkan.

8th Pedagogy International Seminar 2017

8th PEDAGOGY INTERNATIONAL SEMINAR 2017
Tema: Enhancement Of Pedagogy In Cultural Diversity Towards Excellence In Education 

19-20 September 2017

Anjuran Bersama: IPG Kampus Ilmu Khas, Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Universitas Pendidikan Indonesia Bandung

[metaslider id=866]

Seminar PedA8 dan Karnival Pendidikan IPGKIK 2017

Seminar PedA8 dan Karnival Pendidikan IPGKIK 2017 yang akan diadakan pada 19-20 Sept 2017 bermula jam 8.00 pagi- 4.00 petang. Karnival dan seminar akan berlangsung di Dewan Dato’ Razali Ismail, Blok Pusat Sumber dan Blok Bestari. Pihak pengurusan institut  dan jawatankuasa penganjur menjemput dan mewajibkan  semua pensyarah dan siswa guru ke program tersebut. Para pensyarah dan siswa perlu berada di DDRI pada 19 september 2017 bermula 7:30 pagi – 1:00 petang sempena perasmian dan ucap utama.

Seminar Penyelidikan Tindakan PPG 2015

Seminar Penyelidikan Tindakan bagi pelajar Semester 8 program PPG Ambilan Feb  2012  dalam bidang pengajian Pendidikan Sains, Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran), Pra Sekolah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik orang TESL dan Pendidikan Jasmani akan diadakan mengikut ketetapan berikut ;

Tarikh: 17 Oktober 2015
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Kuliah
Penyelaras: Dr Ismail Hj Raduan

Seminar ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Ilmu Khas, Dr Roziah Abdullah.

 

Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar 2015

Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Pada: 1-4hb September 2015
Tempat: Dewan Datuk Razali IPG Kampus Ilmu Khas
Tema: Penyelidikan Tindakan Memertabatkan Profesion Keguruan
Anjuran: Pelajar PISMP Ambilan Januari 2012