Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Jurnal Tempawan Jilid ke 35 Tahun 2018. Jurnal ini adalah berstatus jurnal berwasit dan telah diindekskan dalam myJurnal oleh Pusat Sitasi Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dipelawa untuk menyumbang manuskrip untuk dimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2018. Sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sumbangan manuskrip bolehlah dikemukakan kepada sharonlee@ipgkik.edu.my pada atau sebelum 30 April 2018 berpandukan kepada format yang disertakan dalam Panduan Penulisan Manuskrip Jurnal Tempawan 2018. Sebarang kemusykilan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Lee Leh Hong di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan.
Wacana Ilmu 2017
Wacana Ilmu 2017 akan diadakan pada hari Jumaat, 17 November 2017. Ini merupakan tahun yang keempat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Ilmiah dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) bersama-sama menganjurkan Wacana Ilmu 2017. Selain daripada pembentangan 36 kertas penyelidikan daripada pensyarah dan pegawai pengurusan, majlis ini juga akan memberi penghargaan kepada pensyarah yang terlibat dengan proses penulisan, pengeditan dan penilaian Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN dan Buletin Penyelidikan.
8th Pedagogy International Seminar 2017
8th PEDAGOGY INTERNATIONAL SEMINAR 2017
Tema: Enhancement Of Pedagogy In Cultural Diversity Towards Excellence In Education
19-20 September 2017
Anjuran Bersama: IPG Kampus Ilmu Khas, Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Universitas Pendidikan Indonesia Bandung
[metaslider id=866]
Pembentangan Penyelidikan Tindakan PISMP Semester 8
Seminar PedA8 dan Karnival Pendidikan IPGKIK 2017
Seminar PedA8 dan Karnival Pendidikan IPGKIK 2017 yang akan diadakan pada 19-20 Sept 2017 bermula jam 8.00 pagi- 4.00 petang. Karnival dan seminar akan berlangsung di Dewan Dato’ Razali Ismail, Blok Pusat Sumber dan Blok Bestari. Pihak pengurusan institut dan jawatankuasa penganjur menjemput dan mewajibkan semua pensyarah dan siswa guru ke program tersebut. Para pensyarah dan siswa perlu berada di DDRI pada 19 september 2017 bermula 7:30 pagi – 1:00 petang sempena perasmian dan ucap utama.
Pelawaan Penulisan Artikel Buletin Penyelidikan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Buletin Penyelidikan Bilangan 39/2017. Kerjasama adalah dipohon daripada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pensyarah untuk turut serta menjayakan penerbitan buletin ini. Pihak JPIPK amat mengalu-alukan penulisan seperti rencana, sorotan buku dan idea yang boleh dikongsi bersama warga pendidik. Semua penulisan perlu menepati ‛Panduan Penulisan Artikel Buletin Penyelidikan’ yang dilampirkan. Semakan terhadap struktur bahasa perlu dibuat sebelum diserahkan kepada JPIPK. Artikel hendaklah dihantar melalui email sebelum 4 September 2017 (Isnin) ke alamat e-mail berikut : jeya@ipgkik.edu.my
Karnival Inovasi Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Inovasi Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas 2017 akan berlangsung pada 25 – 26 April 2017 mulai jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Dato’ Razali, IPG Kampus Ilmu Khas.Dijemput semua warga IPG Kampus Ilmu Khas untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.
Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.
Kerajaan sentiasa berusaha untuk menyemarakan aktiviti kreativiti dan inovasi dalam sektor awam.. Justeru itu, sejak tahun 1991 kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Panduan mengenai Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja yang dikenali sebagai KMK. Pada tahun 2009 diperkenalkan pula Panduan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi memantapkan keupayaan penjawat awam dalam penghasilan dan penambahbaikan sesuatu produk yang boleh memanfaatkan organisasi serta pelanggan. Memandangkan perubahan teknologi dan corak pembangunan semakin pesat, kerajaan telah menambahbaik pengurusan KIK agar memenuhi konsep CEPAT, TEPAT, INTEGRITI-PRODUKTIVITI, KREATIVITI DAN INOVASI serta menyokong Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy).
Justeru itu satu pekeliling baharu dikeluarkan: Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016. Pekeliling ini mengandungi Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Kandungan panduan ini menjelaskan konsep KIK, inovasi serta BOS sebagai satu strategi untuk menyelesaikan masalah.
Seminar Antarabangsa Pedagogi Kali Ke-8 (PedA8)
IPGKIK dan Universitas Pendidikan Indonesia akan bekerjasama untuk menganjurkan Seminar Antarabangsa Pedagogi Kali Ke-8 (PedA8). Seminar ini akan diadakan pada 19-20 September 2017 di IPGKIK. Penghantaran abstrak adalah pada 19 Mei 2017. Untuk maklumat lanjut sila rujuk lampiran 1brosur PedA8 2017 (1)
Abstrak Wacana Ilmu 2016
Dimaklumkan bahawa IPG Ilmu Khas akan mengadakan Wacana Ilmu 2016 pada 23 November 2016 (Rabu).
Wacana ini bertujuan untuk memberi kesempatan kepada pensyarah yang telah membentangkan kertas kerja @ kertas penyelidikan di mana-mana konvensyen/seminar/bengkel di dalam atau di luar negara untuk membentangkan sekali lagi dalam seminar ini. Dilampirkan garis panduan penulisan abstrak berkenaan. Dalam abstrak berkenaan, sila catatkan maklumat pembentangan yang telah dijalankan.
Abstrak yang telah siap hendaklah dihantar melalui email kepada Dr. Pushpavalli a/p A.Rengasamey atau Dr. Sharon Lee Leh Hong pada atau sebelum 2 November 2016 (Rabu). Kerjasama daripada tuan/puan adalah diharapkan untuk menjayakan program di atas.