Wacana Ilmu 2017

Wacana Ilmu 2017 akan diadakan pada hari Jumaat, 17 November 2017. Ini merupakan tahun yang keempat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Ilmiah dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) bersama-sama menganjurkan Wacana Ilmu 2017. Selain daripada pembentangan 36 kertas penyelidikan daripada pensyarah dan pegawai pengurusan, majlis ini juga akan memberi penghargaan kepada pensyarah yang terlibat dengan proses penulisan, pengeditan dan penilaian Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN dan Buletin Penyelidikan. 

Majlis ini yang diadakan bermula jam 8.30 pagi dengan pembentangan hasil penyelidikan di enam bilik di Blok Pusat Sumber dan majlis perasmian penutup yang akan diadakan di Dewan Kuliah pada jam 11.00 pagi. Sempena majlis penutup Wacana Ilmu 2017, Y Brs Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, Pengarah IPG KIK akan melancarkan buku-buku yang dihasilkan oleh pensyarah-pensyarah IPGK ini. Buku-buku yang dihasilkan terdiri daripada buku-buku akademik untuk institusi pendidikan, jurnal antara bangsa, modul latihan, buku teks sekolah rendah dan buku latihan.