Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk menyemarakan aktiviti kreativiti dan inovasi dalam sektor awam.. Justeru itu, sejak tahun 1991 kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Panduan mengenai Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja yang dikenali sebagai KMK. Pada tahun 2009 diperkenalkan pula Panduan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi memantapkan keupayaan penjawat awam dalam penghasilan dan penambahbaikan sesuatu produk yang boleh memanfaatkan organisasi serta pelanggan. Memandangkan perubahan teknologi dan corak pembangunan semakin pesat, kerajaan telah menambahbaik pengurusan KIK agar memenuhi konsep CEPAT, TEPAT, INTEGRITI-PRODUKTIVITI, KREATIVITI DAN INOVASI serta menyokong Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy).
Justeru itu satu pekeliling baharu dikeluarkan: Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016. Pekeliling ini mengandungi Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Kandungan panduan ini menjelaskan konsep KIK, inovasi serta BOS sebagai satu strategi untuk menyelesaikan masalah.

Pekeliling_Transformasi_Pentadbiran_Awam_Bil.1_2016.pdf