Kajian Teaching and Learning International Survey (TALIS) dianjurkan oleh Organisation For Economic Cooperation & Development (OECD) bersama konsortium utama Statistic Canada dan International Association For The Evaluation of Educational Achievement (IEA). Kajian antarabangsa tersebut menyentuh isu-isu yang mempengaruhi guru dan tugas guru di samping memberi perspektif perbandingan antarabangsa mengenai iklim pembelajaran dan pengajaran. Negara-negara yang menyertai TALIS adalah seperti berikut:
Jemputan sumbangan artikel Tempawan 2016
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Jurnal Tempawan Tahun 2016 Jilid ke 33. Jurnal ini adalah berstatus jurnal berwasit dan diterbitkan setiap tahun oleh IPG KIK, merupakan jurnal akademik yang memberi fokus kepada kajian dalam bidang pendidikan. Tambahan lagi, JPIPK sedang berusaha untuk menaikkan status Jurnal Tempawan agar dapat memenuhi kriteriayang ditetapkan untuk disenaraikan dalam Indeks Scopus. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah dipelawa untuk menyumbang manuskrip untukdimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2016. Untuk makluman Tuan/Puan, sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Karnival Inovasi 2016
Karnival Inovasi 2016 akan diadakan 4, 5 dan 6 April 2016 di Dewan Dato’ Razali, IPGKIK. Sila rujuk lampiran brosur untuk maklumat lanjut.
Wacana Ilmu 2015
Program Wacana Ilmu 2015 telah diadakan pada 20 November 2015 (Jumaat) bertempat di Auditorium TESL. Majlis ini memberi ruang dan peluang kepada pensyarah IPGKIK ini berkongsi hasil penyelidikannya yang telah dibentangkan di luar sepanjang tahun 2015. Sebanyak 16 hasil penyelidikan telah berjaya dibentangkan.Majlis ini juga memberi penghargaan kepada para penulis, penilai dan editor kepada Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN dan Buletin Penyelidikan. Majlis ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada penulis artikel dan penyampaian cenderahati kepada Pn Shanti a/p Periasamy , ketua jabatan JPIPK yang akan bersara pilihan yang akan bersara pilihan pada 2.1.2015
Seminar Penyelidikan Tindakan PPG 2015
Seminar Penyelidikan Tindakan bagi pelajar Semester 8 program PPG Ambilan Feb 2012 dalam bidang pengajian Pendidikan Sains, Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran), Pra Sekolah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik orang TESL dan Pendidikan Jasmani akan diadakan mengikut ketetapan berikut ;
Tarikh: 17 Oktober 2015
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Kuliah
Penyelaras: Dr Ismail Hj Raduan
Seminar ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Ilmu Khas, Dr Roziah Abdullah.
Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar 2015
Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Pada: 1-4hb September 2015
Tempat: Dewan Datuk Razali IPG Kampus Ilmu Khas
Tema: Penyelidikan Tindakan Memertabatkan Profesion Keguruan
Anjuran: Pelajar PISMP Ambilan Januari 2012
Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015
Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015 akan diadakan pada 05 -07 Ogos 2015 bertempat di IPG Kampus Ilmu Khas. Seminar ini adalah anjuran IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Pendidikan Islam dengan kerjasama IPGM. Semua warga dijemput hadir.
Karnival Inovasi 2015
Karnival Kreativiti dan Inovasi 2015 akan diadakan pada 7-8 hb Julai 2015 di Dewan Dato Razali Ismail. Semua adalah dijemput hadir
Seminar Serantau IPGKIK & UPI
Seminar Serantau ke-6 Pedagogik Berkualitas Anjuran Bersama IPGKIK & UPI
Sukacita dimaklumkan penyertaan Ke Seminar Serantau Ke-6 Pedagogik Berkualitas Anjuran Bersama IPGKIK dan UPI telah dibuka untuk penyertaan :
1. Klik pada pautan Seminar Serantau 2015.edit 2.doc untuk borang penyertaan atau
2. Untuk borang Online sila layari http://jipkhas.blogspot.com/sebelum 15 April 2015.
Seminar Kebangsaan Kaedah Kajian Dalam Penyelidikan 2015
Jemputan Pembentang dan Peserta Dalam Seminar Kebangsaan Kaedah Kajian Dalam Penyelidikan 2015 (SKKKdP 2015)
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Sarawak akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Kaedah Kajian dalam Penyelidikan 2015 (SKKKdP 2015) pada 29 Julai 2015 di IPGKBL. Tema seminar ini adalah “Ke arah Memantapkan Metodologi dalam Penyelidikan Pendidikan”.
Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi urus setia seminar di talian 082-252382, emelskkkdp1@ipbl.edu.my untuk pembentang dan skkkdp2@ipbl@edu.my untuk peserta atau melayari laman sesawang di alamat http://www.ipbl.edu.my/skkkdp