Jurnal Pendidikan Serantau ISSN 2289-909X

Penyarah IPGKIK dipelawa menyumbangkan artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Serantau terbitan bersama antara IPG Kampus Ilmu Khas dan Universitas Pendidikan Indonesia. Tarikh tutup penghantaran manuskrip pada I Oktober 2020. Pensyarah diminta untuk membaca dan memahami panduan penulisan seperti lampiran. Manuskrip akan dinilai oleh JK Penilai dan hanya enam manuskrip terbaik sahaja yang akan dipilih untuk diterbitkan dalam jurnal ini.

Panduan Penulisan Jurnal Pendidikan Serantau

MInD MAYA 2020 (MINDA INOVASI DINAMIK SECARA MAYA) IPG

Sukacita dimaklumkan bahawa IPGM dan IPG Kampus Raja Melewar akan menganjurkan MInD MAYA 2020 pada 6 Oktober 2020. Semua warga IPG Kampus Ilmu Khas dan siswa guru dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti MInD MAYA 2020 yang disenaraikan :

1. Pertandingan MInD INOVASI
2. Pertandingan MInD PITCHING
3. MInD PAMER
4. MInD SEMBANG
5. MInD HIBUR

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Lye Guet Poh (guet_poh@ipgkik.edu.my) di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Ilmu Khas.