Penerbitan Jurnal Pendidikan Serantau

JPIPK, IPGKIK dengan kerjasama Universiti Pendidikan  Indonesia, Bandung akan menerbitkan Jurnal Pendidikan Serantau Jilid 4 Nombor 1 ISSN 2289-909X.
Artikel sama ada berbentuk kertas penyelidikan atau kertas konsep boleh diemel kepada ahmad_subki@ipgkik.edu.my sebelum atau pada 25 Mei 2018. Artikel tersebut mestilah belum diterbitkan dalam mana-mana jurnal atau prosiding. Panjang artikel antara 12-15 halaman termasuk rujukan. Artikel yang dihantar akan dinilai oleh jawatankuasa penilai dan kawalan mutu.