Program ini berlangsung pada 23 November 2016.
Tahun ini merupakan tahun yang ke-3 Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Ilmiah menganjurkan Wacana Ilmu dan Majlis Penghargaan Penyelidikan. Program ini bertujuan untuk memperkasa pembudayaan penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas agar dapat membina jaringan dan kesepakatan dalam memantapkan bidang penyelidikan di institut ini. Sebanyak 35 artikel penyelidikan telah dibentangkan dalam Wacana Ilmu ini.
Pada masa yang sama Majlis Penghargaan Penyelidikan 2016 bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pensyarah yang telah memberikan sumbangan dalam penulisan ilmiah di peringkat IPG Kampus Ilmu Khas. Program sebegini juga merupakan satu platform kepada pensyarah untuk berkongsi andangan dan pengalaman dalam meningkatkan dan memperkembang kualiti penyelidikan.