Abstrak Wacana Ilmu 2016

Dimaklumkan bahawa IPG Ilmu Khas akan mengadakan Wacana Ilmu 2016 pada 23 November 2016 (Rabu). 

Wacana ini bertujuan untuk memberi kesempatan kepada pensyarah yang telah membentangkan kertas kerja @ kertas penyelidikan di mana-mana konvensyen/seminar/bengkel di dalam atau di luar negara untuk membentangkan sekali lagi dalam seminar ini.  Dilampirkan garis panduan penulisan abstrak berkenaan. Dalam abstrak berkenaan, sila catatkan maklumat pembentangan yang telah dijalankan.

Abstrak yang telah siap hendaklah dihantar melalui email kepada Dr. Pushpavalli a/p A.Rengasamey atau Dr. Sharon Lee Leh Hong pada atau sebelum 2 November 2016 (Rabu). Kerjasama daripada tuan/puan adalah diharapkan untuk menjayakan program di atas.

Seminar Penyelidikan Tindakan 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa siswa guru PISMP Semester 2 Tahun 4 akan menganjurkan  seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Oktober 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat: Dewan Dato’ Razali Ismail, IPGKIK
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk hadir dalam seminar ini terutamanya untuk sesi Ucap utama oleh YBrs. Dr. Mohamed Yusoff bin Mohd Nor, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bersama-sama ini dilampirkan memo jemputan dan atur cara seminar.

Brown Bag Research and Inovation- Sesi 1

Sesi ‘Brown Bag Research and  Inovation’ anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan akan diadakan pada setiap hari Jumaat (Catatan: jika tiada Sinergi Ilmu pada hari Jumaat). Tujuan mengadakan BBRI adalah seperti berikut:

    1.Mewujud dan menyemarakkan budaya  inovasi dalam kalangan warga pendidik dan siswa guru.
    2.Perkongsian ilmu mengenai proses dan prosedur inovasi dalam meningkatkan kualiti dan nilai inovasi
    3.Mempertingkatkan peluang untuk pensyarah dan siswa guru bertanding dengan IPTA dan IPTS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa agar mampu bersaing di peringkat global.

    Sesi yang pertama akan bermula pada:
    Tarikh:     7 Oktober 2016 (Jumaat)
    Masa:      2.30 ptg hingga 4.00 ptg
    Tempat:   Bilik Tanjung

    Sesi ini dibuka kepada semua pelajar dan pensyarah IPGKIK. Pensyarah dan pelajar yang berminat sila hadir pada ketetapan seperti di atas. Terima kasih atas perhatian.

Brown Bag Research and Innovation

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) telah membentangkan kertas cadangan untuk mengadakan “Brown Bag Research and Innovation” (BBRI) dalam mesyuarat Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran (MPPP) IPGKIK BIL.6/2016. Tujuan mengadakan BBRI adalah seperti berikut:

i. mewujud dan menyemarakkan budaya atau amalan inovasi dalam kalangan warga pendidik dan siswa guru.
ii. perkongsian ilmu mengenai proses dan prosedur inovasi dalam meningkatkan kualiti dan nilai inovasi;
iii. mempertingkatkan peluang untuk pensyarah dan siswa guru bertanding dengan IPTA dan IPTS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa agar mampu bersaing di peringkat global.