Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2016. Justeru itu, sekali lagi kerjasama dipohon daripada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pensyarah untuk turut serta menjayakan penerbitan buletin ini. Sehubungan dengan itu, pihak JPIPK amat mengalu-alukan penulisan seperti rencana, sorotan buku dan idea yang boleh dikongsi bersama warga pendidik. Para penulis artikel diminta menepati ‛Panduan Penulisan Artikel Buletin Penyelidikan’ yang dilampirkan. Artikel hendaklah dihantar melalui email sebelum 18 Julai 2016 (Isnin) ke alamat e-mail berikut: jeya@ipik.edu.my.