Buletin Penyelidikan Bilangan2/2015

Pelawaan Artikel untuk Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2015

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2015. Setiap jabatan diminta menghantar sekurang-kurangnya satu artikel yang tidak melebihi dua muka surat kertas A4 dengan saiz fon  Times New Roman 12 termasuk senarai rujukan. Senarai rujukan hendaklah tidak melebihi daripada sepuluh dan perlu ditulis mengikut format yang ditetapkan oleh American Psychological Association (APA) edisi ke 6. Artikel hendaklah dihantar melalui email sebelum 31 Julai 2015 (Jumaat) ke alamat e-mail berikut: jeya@ipik.edu.my .

Seminar Penyelidikan Memartabatkan Bahasa Melayu

Jemputan Sebagai Pembentang dan Peserta dalam Seminar Penyelidikan Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) Peringkat Antarabangsa 2015

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak dengan kerjasam Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Memartabatkan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2015 bertemakan “Melestarikan Bahasa Melayu Abad ke-21” mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 2 hingga 4 September 2015

Tempat:  IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak.

Maklumat lanjut berkenaan seminar ini boleh didapati di laman sesawang IPGKTAR di alamathttp://ipgmktar.edu.my atau hubungi Puan Siti Nafsiah Ismail 013-4285269/ Puan Radna Wismawati Muhibah 019-8491277.

Inovasi IPG Kampus Ilmu Khas2015

Inovasi Pendidikan 2015 Peringkat IPG Kampus Ilmu Khas
Kategori
Kelas A: Pembelajaran dan Pengajaran – Pelajar
Kelas B: Pembelajaran dan Pengajaran – Pensyarah
Kelas C: Pengurusan dan Pentadbiran – Pensyarah dan Staf Sokongan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pn Jeya Velu – Penyelaras Karnival Inovasi Pendidikan 2015