Buletin Penyelidikan Bilangan2/2015

Pelawaan Artikel untuk Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2015

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2015. Setiap jabatan diminta menghantar sekurang-kurangnya satu artikel yang tidak melebihi dua muka surat kertas A4 dengan saiz fon  Times New Roman 12 termasuk senarai rujukan. Senarai rujukan hendaklah tidak melebihi daripada sepuluh dan perlu ditulis mengikut format yang ditetapkan oleh American Psychological Association (APA) edisi ke 6. Artikel hendaklah dihantar melalui email sebelum 31 Julai 2015 (Jumaat) ke alamat e-mail berikut: jeya@ipik.edu.my .