Jemputan Sumbangan Manuskrip Jurnal Penyelidikan Tempawan 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan  Jurnal Tempawan Tahun 2017 Jilid ke 34. Jurnal ini adalah berstatus jurnal berwasit dan diterbitkan setiap tahun oleh IPG KIK. Sehubungan itu, semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah dipelawa untuk menyumbang manuskrip untuk dimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2017. Untuk makluman Tuan/Puan, sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Format penulisan manuskrip disertakan dalam Panduan Penulisan Manuskrip Jurnal Tempawan 2017. Sumbangan manuskrip  bolehlah dikemukakan  kepada lee.lehhong@ipgm.edu.my dan/atau sharonlee@ipgkik.edu.my pada atau sebelum  31 Mac 2017

Review Wacana Ilmu 2016

Program ini berlangsung pada 23 November 2016.

Tahun ini merupakan tahun yang ke-3 Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) dengan kerjasama Jawatankuasa  Penyelidikan dan Penerbitan Ilmiah menganjurkan Wacana Ilmu dan Majlis Penghargaan Penyelidikan. Program ini bertujuan   untuk memperkasa pembudayaan penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas agar dapat membina jaringan dan kesepakatan dalam memantapkan bidang penyelidikan di institut ini. Sebanyak 35 artikel penyelidikan telah dibentangkan dalam Wacana Ilmu ini.