Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas merupakan jurnal akademik yang memberi fokus kepada kajian dalam bidang pendidikan. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah dipelawa untuk menyumbang manuskrip untuk dimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2022. Sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Sumbangan manuskrip bolehlah dikemukakan kepada tempawan@ipgkik.edu.my pada atau sebelum 31 Mei 2022 berpandukan kepada format yang disertakan dalam Panduan Penulisan Manuskrip Jurnal Tempawan 2022. Sebarang kemusykilan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi En Ahmad Subki bin Miskon di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi ( 03-91318160 ext 50). Kerjasama dan sumbangan manuskrip daripada pihak Tuan/Puan amat dihargai dalam usaha menjayakan penerbitan Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN Jilid XXXVIII Tahun 2020.
Sukacita dimaklumkan tuan dijemput menghantar artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Serantau Jilid 8 2021. Untuk makluman jurnal ini adalah diterbitkan dengan kerjasama Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung. Tarikh tutup penghantaran artikel pada 2 Julai 2021. Artikel tuan akan dinilai oleh satu jawatankuasa penilai sebelum diterbitkan. Bagi artikel yang terpilih penulis perlu membuat penambahbaikan dan pembetulan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Penilai. Sila klik Panduan dan format penulisan untuk maklumat lanjut.
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi akan mengadakan Pertandingan e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2021) secara MAYA. Semua warga IPGKIK dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah, staf pengurusan dan staf sokongan IPGKIK dan siswa guru IPGKIK. Pensyarah perlu daftar untuk siswa guru untuk Kategori Gabungan. Semua informasi boleh diperolehi di folder INFO E-INOVASI MAKIP2021https://bit.ly/3g5bqQi. Sehubungan dengan itu, semua warga yang berminat dijemput membuat PENDAFTARAN melalui pautan
Anda perlu muatnaik e-Poster,Kertas Konsep serta Sinopsis dalam Borang Google PENDAFTARAN. Tarikh akhir bagi menyertai e-Inovasi Pendidikan IPGKIK 2021 adalah 8 OGOS 2021.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Lye Guet Poh (HP No: 0173319612) di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi ATAU melalui emel makip2019@ipgkik.edu.my
Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020) anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi telah berlangsung pada 13.8.2020. Pertandingan yang dikendalikan secara e-Poster telah disertai oleh 16 kumpulan inovasi pensyarah dan 14 kumpulan inovasi pelajar. Hadiah turut diberikan kepada pemenang anugerah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi. Tahniah kepada semua pemenang
Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi (MAKIP 2020) akan berlangsung pada 13 Ogos 2020 di Dewan Dato’ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas. “Budayakan Inovasi, Tingkatkan Kreativiti”
Penyarah IPGKIK dipelawa menyumbangkan artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Serantau terbitan bersama antara IPG Kampus Ilmu Khas dan Universitas Pendidikan Indonesia. Tarikh tutup penghantaran manuskrip pada I Oktober 2020. Pensyarah diminta untuk membaca dan memahami panduan penulisan seperti lampiran. Manuskrip akan dinilai oleh JK Penilai dan hanya enam manuskrip terbaik sahaja yang akan dipilih untuk diterbitkan dalam jurnal ini.