Sukacita dimaklumkan tuan dijemput menghantar artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Serantau Jilid 8 2021. Untuk makluman jurnal ini adalah diterbitkan dengan kerjasama Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung. Tarikh tutup penghantaran artikel pada 2 Julai 2021. Artikel tuan akan dinilai oleh satu jawatankuasa penilai sebelum diterbitkan. Bagi artikel yang terpilih penulis perlu membuat penambahbaikan dan pembetulan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Penilai. Sila klik Panduan dan format penulisan untuk maklumat lanjut.