Sukacita dimaklumkan tuan dijemput menghantar artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Serantau Jilid 8 2021. Untuk makluman jurnal ini adalah diterbitkan dengan kerjasama Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung. Tarikh tutup penghantaran artikel pada 2 Julai 2021. Artikel tuan akan dinilai oleh satu jawatankuasa penilai sebelum diterbitkan. Bagi artikel yang terpilih penulis perlu membuat penambahbaikan dan pembetulan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Penilai. Sila klik Panduan dan format penulisan untuk maklumat lanjut.
Pertandingan e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2021) secara MAYA
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi akan mengadakan Pertandingan e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2021) secara MAYA. Semua warga IPGKIK dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah, staf pengurusan dan staf sokongan IPGKIK dan siswa guru IPGKIK. Pensyarah perlu daftar untuk siswa guru untuk Kategori Gabungan. Semua informasi boleh diperolehi di folder INFO E-INOVASI MAKIP 2021 https://bit.ly/3g5bqQi. Sehubungan dengan itu, semua warga yang berminat dijemput membuat PENDAFTARAN melalui pautan
Anda perlu muatnaik e-Poster, Kertas Konsep serta Sinopsis dalam Borang Google PENDAFTARAN. Tarikh akhir bagi menyertai e-Inovasi Pendidikan IPGKIK 2021 adalah 8 OGOS 2021.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Lye Guet Poh (HP No: 0173319612) di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi ATAU melalui emel makip2019@ipgkik.edu.my