Penerbitan Jurnal Pendidikan Serantau

JPIPK, IPGKIK dengan kerjasama Universiti Pendidikan  Indonesia, Bandung akan menerbitkan Jurnal Pendidikan Serantau Jilid 4 Nombor 1 ISSN 2289-909X.
Artikel sama ada berbentuk kertas penyelidikan atau kertas konsep boleh diemel kepada ahmad_subki@ipgkik.edu.my sebelum atau pada 25 Mei 2018. Artikel tersebut mestilah belum diterbitkan dalam mana-mana jurnal atau prosiding. Panjang artikel antara 12-15 halaman termasuk rujukan. Artikel yang dihantar akan dinilai oleh jawatankuasa penilai dan kawalan mutu.

Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK 2018

Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK 2018 bakal diadakan pada;  3, 4 dan 5 Julai 2018 bertempat di IPG Kampus Ilmu Khas. Karnival akan bermula dari jam 0800 -1630 petang. Maklumat Am, Syarat-Syarat, Peraturan Pertandingan Inovasi dan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif boleh diakses melalui pautan

 https://docs.google.com/document/d/1ngfh3OpPBtGvkaVNHOP4ND3OLd_CNam5vB7nzH0HL44/edit?usp=sharing

Sehubungan dengan itu, semua warga dijemput menyertai Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK, 2018 Tarikh akhir pendaftaran bagi menyertai KIKP2018 ialah pada 31 Mac 2018 (4.00 petang).

https://goo.gl/forms/Fj8aJJiqdT4J5Ff92

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr Ramesh Rao di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan.