Kajian Teaching and Learning International Survey (TALIS) dianjurkan oleh Organisation For Economic Cooperation & Development (OECD) bersama konsortium utama Statistic Canada dan International Association For The Evaluation of Educational Achievement (IEA). Kajian antarabangsa tersebut menyentuh isu-isu yang mempengaruhi guru dan tugas guru di samping memberi perspektif perbandingan antarabangsa mengenai iklim pembelajaran dan pengajaran. Negara-negara yang menyertai TALIS adalah seperti berikut:
Kepentingan Kajian TALIS
· TALIS merupakan kajian pertama di peringkat antarabangsa yang memberi fokus terhadap persekitaran pembelajaran dan aspek persekitaran kerja guru di sekolah
· Menyediakan perbandingan dalam sistem pendidikan antarabangsa
· Mengenal pasti kedudukan guru Malaysia berdasarkan standard /piawai antarabangsa
· Membolehkan Malaysia mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan negara dan merancang polisi serta strategi ke arah meningkatkan kualiti guru dan pendidikan negara.
Pensyarah yang terlibat dari IPGKIK adalah:
· DR. MUNIRA MOHSIN
(Pengkaji, Penulis dan Editor)
· DR. LEE LEH HONG
(Pengkaji dan Penulis)
Laporan lengkap TALIS disertakan untuk bacaan dan rujukan semua.
Laporan lengkap juga boleh dlayari di:
http://www.moe.gov.my/v/