Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Jurnal Tempawan Tahun 2017 Jilid ke 34. Jurnal ini adalah berstatus jurnal berwasit dan diterbitkan setiap tahun oleh IPG KIK. Sehubungan itu, semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah dipelawa untuk menyumbang manuskrip untuk dimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2017. Untuk makluman Tuan/Puan, sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Format penulisan manuskrip disertakan dalam Panduan Penulisan Manuskrip Jurnal Tempawan 2017. Sumbangan manuskrip bolehlah dikemukakan kepada lee.lehhong@ipgm.edu.my dan/atau sharonlee@ipgkik.edu.my pada atau sebelum 31 Mac 2017