INTERNATIONAL CONFERENCE ON PEDAGOGY AND INCLUSIVE EDUCATION (ICPIE-2) KALI KE-2 TAHUN 2024
Penganjuran ICPIE kali-2 2024 bertema Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Pemantapan Pedagogi dan Pendidikan Inklusif. Penganjuran ICPIE 2019 menjadi satu wadah yang membolehkan proses pembelajaran sepanjang hayat dan dijadikan sebagai budaya perkembangan ilmu selaras dengan saranan UNESCO (2015) dalam Sustainable Development Goal (SDG). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung (UPI) dan Persatuan Alumni Ilmu Khas telah bekerjasama dalam penganjuran ICPIE pada tahun 2019. ICPIE-2 dijangka dapat meningkatkan rakan strategik dalam kalangan para cendikiawan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara yang dapat sama-sama membudayakan pembelajaran sepanjang hayat para pendidik.