Wacana Ilmu 2015

Program Wacana Ilmu 2015 telah  diadakan pada 20 November 2015 (Jumaat) bertempat di Auditorium TESL. Majlis ini memberi ruang dan peluang kepada pensyarah IPGKIK ini berkongsi hasil penyelidikannya yang telah dibentangkan di luar sepanjang tahun 2015. Sebanyak 16 hasil penyelidikan telah berjaya dibentangkan.Majlis ini juga memberi penghargaan kepada para penulis, penilai dan editor kepada Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN dan Buletin Penyelidikan. Majlis ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada penulis artikel dan penyampaian cenderahati kepada Pn Shanti a/p Periasamy , ketua jabatan JPIPK yang akan bersara pilihan yang akan bersara pilihan pada 2.1.2015

Seminar Penyelidikan Tindakan PPG 2015

Seminar Penyelidikan Tindakan bagi pelajar Semester 8 program PPG Ambilan Feb  2012  dalam bidang pengajian Pendidikan Sains, Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran), Pra Sekolah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik orang TESL dan Pendidikan Jasmani akan diadakan mengikut ketetapan berikut ;

Tarikh: 17 Oktober 2015
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Kuliah
Penyelaras: Dr Ismail Hj Raduan

Seminar ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Ilmu Khas, Dr Roziah Abdullah.

 

Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar 2015

Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Pada: 1-4hb September 2015
Tempat: Dewan Datuk Razali IPG Kampus Ilmu Khas
Tema: Penyelidikan Tindakan Memertabatkan Profesion Keguruan
Anjuran: Pelajar PISMP Ambilan Januari 2012

Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015

Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015 akan diadakan pada 05 -07 Ogos 2015 bertempat di IPG Kampus Ilmu Khas. Seminar ini adalah anjuran IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Pendidikan Islam dengan kerjasama IPGM.  Semua warga dijemput hadir.

 

Seminar Serantau IPGKIK & UPI

Seminar Serantau ke-6 Pedagogik Berkualitas Anjuran Bersama IPGKIK & UPI

Sukacita dimaklumkan penyertaan Ke Seminar Serantau Ke-6 Pedagogik  Berkualitas Anjuran Bersama IPGKIK dan UPI telah dibuka untuk penyertaan :

1. Klik pada pautan Seminar Serantau 2015.edit 2.doc untuk borang penyertaan atau
2. Untuk borang Online  sila layari http://jipkhas.blogspot.com/sebelum  15 April 2015.

Buletin Penyelidikan Bilangan2/2015

Pelawaan Artikel untuk Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2015

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Buletin Penyelidikan Bilangan 2/2015. Setiap jabatan diminta menghantar sekurang-kurangnya satu artikel yang tidak melebihi dua muka surat kertas A4 dengan saiz fon  Times New Roman 12 termasuk senarai rujukan. Senarai rujukan hendaklah tidak melebihi daripada sepuluh dan perlu ditulis mengikut format yang ditetapkan oleh American Psychological Association (APA) edisi ke 6. Artikel hendaklah dihantar melalui email sebelum 31 Julai 2015 (Jumaat) ke alamat e-mail berikut: jeya@ipik.edu.my .

Seminar Penyelidikan Memartabatkan Bahasa Melayu

Jemputan Sebagai Pembentang dan Peserta dalam Seminar Penyelidikan Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) Peringkat Antarabangsa 2015

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak dengan kerjasam Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Memartabatkan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2015 bertemakan “Melestarikan Bahasa Melayu Abad ke-21” mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 2 hingga 4 September 2015

Tempat:  IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak.

Maklumat lanjut berkenaan seminar ini boleh didapati di laman sesawang IPGKTAR di alamathttp://ipgmktar.edu.my atau hubungi Puan Siti Nafsiah Ismail 013-4285269/ Puan Radna Wismawati Muhibah 019-8491277.

Inovasi IPG Kampus Ilmu Khas2015

Inovasi Pendidikan 2015 Peringkat IPG Kampus Ilmu Khas
Kategori
Kelas A: Pembelajaran dan Pengajaran – Pelajar
Kelas B: Pembelajaran dan Pengajaran – Pensyarah
Kelas C: Pengurusan dan Pentadbiran – Pensyarah dan Staf Sokongan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pn Jeya Velu – Penyelaras Karnival Inovasi Pendidikan 2015