Seminar Penyelidikan Tindakan Semester 8 2018

Pelajar-pelajar Semester 8 (ambilan Jun 2014) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Muzik, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Tindakan Semester 8 2018 pada 26 April 2018 (Khamis) mulai jam 8.00 pagi hingga 1.30 ptg.Dalam seminar tersebut,

Penerbitan Jurnal Pendidikan Serantau

JPIPK, IPGKIK dengan kerjasama Universiti Pendidikan  Indonesia, Bandung akan menerbitkan Jurnal Pendidikan Serantau Jilid 4 Nombor 1 ISSN 2289-909X.
Artikel sama ada berbentuk kertas penyelidikan atau kertas konsep boleh diemel kepada ahmad_subki@ipgkik.edu.my sebelum atau pada 25 Mei 2018. Artikel tersebut mestilah belum diterbitkan dalam mana-mana jurnal atau prosiding. Panjang artikel antara 12-15 halaman termasuk rujukan. Artikel yang dihantar akan dinilai oleh jawatankuasa penilai dan kawalan mutu.

Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK 2018

Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK 2018 bakal diadakan pada;  3, 4 dan 5 Julai 2018 bertempat di IPG Kampus Ilmu Khas. Karnival akan bermula dari jam 0800 -1630 petang. Maklumat Am, Syarat-Syarat, Peraturan Pertandingan Inovasi dan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif boleh diakses melalui pautan

 https://docs.google.com/document/d/1ngfh3OpPBtGvkaVNHOP4ND3OLd_CNam5vB7nzH0HL44/edit?usp=sharing

Sehubungan dengan itu, semua warga dijemput menyertai Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK, 2018 Tarikh akhir pendaftaran bagi menyertai KIKP2018 ialah pada 31 Mac 2018 (4.00 petang).

https://goo.gl/forms/Fj8aJJiqdT4J5Ff92

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr Ramesh Rao di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan.

Jurnal Tempawan Jilid 35 Tahun 2018

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Jurnal Tempawan Jilid ke 35 Tahun 2018. Jurnal ini adalah berstatus jurnal berwasit dan telah diindekskan dalam myJurnal oleh Pusat Sitasi Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dipelawa untuk menyumbang manuskrip untuk dimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2018. Sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sumbangan manuskrip bolehlah dikemukakan kepada sharonlee@ipgkik.edu.my pada atau sebelum 30 April 2018 berpandukan kepada format yang disertakan dalam Panduan Penulisan Manuskrip Jurnal Tempawan 2018. Sebarang kemusykilan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Lee Leh Hong di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan.

Wacana Ilmu 2017

Wacana Ilmu 2017 akan diadakan pada hari Jumaat, 17 November 2017. Ini merupakan tahun yang keempat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Ilmiah dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) bersama-sama menganjurkan Wacana Ilmu 2017. Selain daripada pembentangan 36 kertas penyelidikan daripada pensyarah dan pegawai pengurusan, majlis ini juga akan memberi penghargaan kepada pensyarah yang terlibat dengan proses penulisan, pengeditan dan penilaian Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN dan Buletin Penyelidikan. 

8th Pedagogy International Seminar 2017

8th PEDAGOGY INTERNATIONAL SEMINAR 2017
Tema: Enhancement Of Pedagogy In Cultural Diversity Towards Excellence In Education 

19-20 September 2017

Anjuran Bersama: IPG Kampus Ilmu Khas, Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Universitas Pendidikan Indonesia Bandung

[metaslider id=866]

Pembentangan Penyelidikan Tindakan PISMP Semester 8

Pelajar PISMP Semester 8 dari program PJK dan Pendidikan Muzik telah mengadakan pembentangan penyelidikan tindakan. Ini adalah salah satu syarat dalam kerja kursusnya. Pembentangan ini telah berlangsung pada 25-26 Sept 2017 (Isnin dan Selasa) bertempat di PJK (Bilik KBAT 1 dan KBAT 2), PMz (Bilik C102 dan C108/107) pada jam 8.30 pagi – 4.30 ptg.

Seminar PedA8 dan Karnival Pendidikan IPGKIK 2017

Seminar PedA8 dan Karnival Pendidikan IPGKIK 2017 yang akan diadakan pada 19-20 Sept 2017 bermula jam 8.00 pagi- 4.00 petang. Karnival dan seminar akan berlangsung di Dewan Dato’ Razali Ismail, Blok Pusat Sumber dan Blok Bestari. Pihak pengurusan institut  dan jawatankuasa penganjur menjemput dan mewajibkan  semua pensyarah dan siswa guru ke program tersebut. Para pensyarah dan siswa perlu berada di DDRI pada 19 september 2017 bermula 7:30 pagi – 1:00 petang sempena perasmian dan ucap utama.

Pelawaan Penulisan Artikel Buletin Penyelidikan

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) akan menerbitkan Buletin Penyelidikan Bilangan 39/2017. Kerjasama adalah dipohon daripada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pensyarah untuk turut serta menjayakan penerbitan buletin ini. Pihak JPIPK amat mengalu-alukan penulisan seperti rencana, sorotan buku dan idea yang boleh dikongsi bersama warga pendidik. Semua penulisan perlu menepati ‛Panduan Penulisan Artikel Buletin Penyelidikan’ yang dilampirkan. Semakan terhadap struktur bahasa perlu dibuat sebelum diserahkan kepada JPIPK. Artikel hendaklah dihantar melalui email sebelum 4 September 2017 (Isnin) ke alamat e-mail berikut : jeya@ipgkik.edu.my