Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020)

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020) anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi telah berlangsung pada 13.8.2020. Pertandingan yang dikendalikan secara e-Poster telah disertai oleh 16 kumpulan inovasi pensyarah dan 14 kumpulan inovasi pelajar. Hadiah turut diberikan kepada pemenang anugerah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi. Tahniah kepada semua pemenang

MAKIP 2020

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi (MAKIP 2020) akan berlangsung pada  13 Ogos 2020 di Dewan Dato’ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas. “Budayakan Inovasi, Tingkatkan Kreativiti”

Jurnal Pendidikan Serantau ISSN 2289-909X

Penyarah IPGKIK dipelawa menyumbangkan artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Serantau terbitan bersama antara IPG Kampus Ilmu Khas dan Universitas Pendidikan Indonesia. Tarikh tutup penghantaran manuskrip pada I Oktober 2020. Pensyarah diminta untuk membaca dan memahami panduan penulisan seperti lampiran. Manuskrip akan dinilai oleh JK Penilai dan hanya enam manuskrip terbaik sahaja yang akan dipilih untuk diterbitkan dalam jurnal ini.

Panduan Penulisan Jurnal Pendidikan Serantau

MInD MAYA 2020 (MINDA INOVASI DINAMIK SECARA MAYA) IPG

Sukacita dimaklumkan bahawa IPGM dan IPG Kampus Raja Melewar akan menganjurkan MInD MAYA 2020 pada 6 Oktober 2020. Semua warga IPG Kampus Ilmu Khas dan siswa guru dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti MInD MAYA 2020 yang disenaraikan :

1. Pertandingan MInD INOVASI
2. Pertandingan MInD PITCHING
3. MInD PAMER
4. MInD SEMBANG
5. MInD HIBUR

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Lye Guet Poh (guet_poh@ipgkik.edu.my) di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Ilmu Khas.

Весільні сукні київ

Весільний салон пропонує модні та стильні весільні сукні, вечірні сукні, випускні сукні. Більше 350 весільних і близько 400 вечірніх суконь завжди в наявності в салоні! Ми пишаємося прекрасним обслуговуванням і бездоганним сервісом в нашому весільному салоні.

Свадебные платья в Киеве

Інга: Гарний салон. Комфортно зроблені зали, щоб кілька наречених могли одночасно підбирати сукні. Приємні дівчата консультанти ❤️Цікаві моделі суконь і незвичайні фактури. Провела час з користю і купила су..

Свадебные платья 2023 в Киеве купить недорого

В свадебном салоне вы можете найти платья на любой вкус и подходящие для любого случая. Более того, вам не придется тратить свое время на поиски свадебного платья по всему городу – все модели находятся в одном месте, что упрощает процесс выбора и экономит время.

Sumbangan Artikel Buletin Penyelidikan

Buletin Penyelidikan Bil. 44 ISSN 2232-1853 akan diterbitkan pada Jun 2020. Pensyarah adalah dipelawa untuk menyumbangkan sebarang artikel pendidikan. Panjang artikel antara 2-3 halaman termasuk rujukan. Artikel tersebut akan dinilai oleh Jawatankuasa Kawalan Mutu. Panduan penulisan dan makluman lain sila rujuk dokumen yang dilampirkan.

Tarikh tutup penyerahan artikel adalah pada atau sebelum 2 Mac 2020. Sila e-mel-kan artikel tuan-tuan ke e-mel berikut: ahmad_subki@ipgkik.edu.my

International Conference On Pedagogy And Inclusive Education – ICPIE 2019

new- poster icpie landskap
Panelist dan Keynote Speaker ICPIE 2019

Persatuan Alumni, IPGK Ilmu Khas dengan kerjasama rakan koloboratif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universitas Pendidikan Indonesia dan Universiti Tun Abdul Razak akan menganjurkan seminar :
“INTERNATIONAL CONFERENCE ON PEDAGOGY AND INCLUSIVE EDUCATION (ICPIE) 2019″
seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 – 19 September 2019
Masa   : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Peserta dan pembentang seminar boleh memuat turun bahan seminar seperti di bawah.
1. Atur cara ICPIE 2019
2. Jadual Pembentangan ICPIE 2019
3. ICPIE2019_Proceedings_17Sept2019
4. BukuProgramICPIE_2019

Majlis Apresiasi dan Karnival Inovasi Pendidikan (MAKIP) 2019

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan  menjemput warga IPGKIK untuk menyertai Majlis Apresiasi Dan Karnival Inovasi Pendidikan (MAKIP) 2019 seperti  ketetapan yang berikut;
Tarikh   : 25hb, 26hb dan 27hb Jun 2019
Masa     : 0800 – 1630
Tempat   : Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas
Sehubungan dengan itu, semua warga yang berminat dijemput membuat PENDAFTARAN melalui pautan.
Tarikh akhir pendaftaran bagi menyertai  MAKIP 2019 adalah 9 MEI 2019. Sebarang pertanyaan tuan boleh menghubungi Pn. Lye Guet Poh di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah, staf sokongan dan siswa guru IPGKIK.