Свадебные платья 2023 в Киеве купить недорого

В свадебном салоне вы можете найти платья на любой вкус и подходящие для любого случая. Более того, вам не придется тратить свое время на поиски свадебного платья по всему городу – все модели находятся в одном месте, что упрощает процесс выбора и экономит время.

Sumbangan artikel Jurnal Tempawan

Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas merupakan jurnal akademik yang memberi fokus kepada kajian dalam bidang pendidikan. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah dipelawa untuk menyumbang manuskrip untuk dimuatkan dalam Jurnal TEMPAWAN yang bakal diterbitkan pada November 2022. Sumbangan artikel boleh dikemukakan di dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Sumbangan manuskrip bolehlah dikemukakan kepada tempawan@ipgkik.edu.my pada atau sebelum 31 Mei 2022 berpandukan kepada format yang disertakan dalam Panduan Penulisan Manuskrip Jurnal Tempawan 2022. Sebarang kemusykilan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi En Ahmad Subki bin Miskon di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi ( 03-91318160 ext 50). Kerjasama dan sumbangan manuskrip daripada pihak Tuan/Puan amat dihargai dalam usaha menjayakan penerbitan Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN Jilid XXXVIII Tahun 2020.

Jurnal Pendidikan Serantau Jilid 8 2021

Sukacita dimaklumkan tuan dijemput menghantar artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Serantau Jilid 8 2021. Untuk makluman jurnal ini adalah diterbitkan dengan kerjasama Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung. Tarikh tutup penghantaran artikel pada 2 Julai 2021. Artikel tuan akan dinilai oleh satu jawatankuasa penilai sebelum diterbitkan. Bagi artikel yang terpilih penulis perlu membuat penambahbaikan dan pembetulan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Penilai. Sila klik Panduan dan format penulisan untuk maklumat lanjut.

Pertandingan e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2021) secara MAYA

Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi  akan mengadakan Pertandingan e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2021) secara MAYA. Semua warga IPGKIK dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah, staf pengurusan dan staf sokongan IPGKIK dan siswa guru IPGKIK. Pensyarah perlu daftar untuk siswa guru untuk Kategori Gabungan. Semua informasi boleh diperolehi di folder  INFO E-INOVASI MAKIP 2021  https://bit.ly/3g5bqQi. Sehubungan dengan itu, semua warga yang berminat dijemput membuat PENDAFTARAN melalui pautan

https://forms.gle/b1WvtqTHz53Am3577.

Anda perlu muatnaik e-Poster, Kertas Konsep serta Sinopsis dalam Borang Google PENDAFTARAN. Tarikh akhir bagi menyertai  e-Inovasi Pendidikan IPGKIK 2021 adalah  8 OGOS 2021.  

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Lye Guet Poh (HP No: 0173319612) di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi ATAU melalui emel makip2019@ipgkik.edu.my

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020)

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020) anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi telah berlangsung pada 13.8.2020. Pertandingan yang dikendalikan secara e-Poster telah disertai oleh 16 kumpulan inovasi pensyarah dan 14 kumpulan inovasi pelajar. Hadiah turut diberikan kepada pemenang anugerah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi. Tahniah kepada semua pemenang

MAKIP 2020

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi (MAKIP 2020) akan berlangsung pada  13 Ogos 2020 di Dewan Dato’ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas. “Budayakan Inovasi, Tingkatkan Kreativiti”